Wednesday, March 30, 2011

sekadar hiburan

Ni salah satu lagu yang aku suke..tapi aku baru jumpe lirik dia..lagu blum ade lagi..so aku share lirik dulu eh..jgn muntah hijau plak nak faham ape yang diorang ni merepek dlm lirik ni..tgk teater baru tahu setiap meaning dia...neway..selamat memahami..ahaks


LIRIK “DALAM GILA ADA RAHSIA”
Lagu: Michael Veerapen
Lirik: Adlin Aman Ramli
NORA
... Lat, awak ni memang pelik
Awak nombor satu bab merepek
Hiduplah di dunia nyata
Lukisan awak tak kemana

BOYS
Itulah bayangan dia
Dia koboi engkaulah monster

NORA
Melukis nak jadi apa?
Tak jadi doctor ataupun lawyer

BOYS
Awak ni kenapa hah?
Ke? Sakit hati tengok dia

GIRLS
Lukisan kalau merepek
Tak ada harga macam kerepek

BOYS
Perempuan kalau mengata
Macam tempayan penuh raksaksa

NORA
Berangan tak tentu masa
Lama lama boleh jadi gila

LAT
Ini kan kelas lukisan
Semua boleh kita bayangkan

GIRLS
Bayangkan benda takda

LAT
Tak! Semua ada depan mata!
Cuba bayangkan disana, kapal angkasa
Yang, bawak ramai musuh kita
Raksasa nak rompak kita
Koboi bersedia!
John Wayne! Siapkan kuda!

BOYS
We are all here!

NORA
Ni semua tak masuk akal
Lat gila otaknya memang sengal!

GIRLS
Lat berlagak macam pakar
Buat lawak bodoh tak kelakar

LAT
Itu semua contoh saja
Nak Tengok benda cara berbeza

GIRLS
Hentikan reka mereka
Jangan buat kami sama gila

BOYS
Kitakan masih muda
Mampu fikirkan apa sahaja

ALL
Fikirkan benda gila?

LAT
Tak! Semua ada jawapannya!

GIRLS
Hitam dan putih ketara
Jelas berbeza

BOYS
Tak! Kedua-duanya warna

GIRLS
Siang dan malam berbeza
Terang gelita

LAT
Ya, tapi rahsianya
Tanya bulan
Hoi! Bulan mana kau pergi
Bila siang timbul matahari
Mana?
Mana?
Mana?

LAT
Kenapa dia orang semua
Tidak percaya
Dan, anggap aku orang gila

Bukan ke semua perkara
Ada sebabnya
Dan, ada rahsia
Cahaya bulan
Memang tak mampu ditandingi
Panas terik bahang cahaya matahari
 
 

No comments:

Post a Comment