Assalamualaikum...
Salam Isnin untuk semua..hari ni ku cuti..tadi g jumpa doc untuk check aku nye lutut yang koyak tu..so keputusannye..doc mengesahkan yang tisu lutut aku koyak..so aku tak leh berolahraga..atau aktif sgt untuk cepatkan recovery tempat yang koyak tu..so bermakna..Rabu ni aku tak leh join friendly match netball lah :( *makin gemuk la cam ni kene jadi org malas*
wokeh..semalam kelab KIW (kelab indah water) menganjurkan satu jungle trekking memanjat bukit broga untuk melihat sunrise di puncak bukit..so aku sebagai organizer lah kunun try la arrange semuanya..aku belikan goodies untuk diorang <air mineral 600ml, air kotak,biskut tiger susu dan buah epal>..dan kak Ijan buat sandwish telur n sardine..dalam pukul 5.30pg kitorang pun mula berkumpul di Petronas Semenyih untuk aktiviti sihat itu..kalau ikut dalam kertas org yang patut join dalam 39 orang tapi last minute ramai yang cancel tp still bersemangat lagi kami ni..so aku parking kat petronas n tumpang helmi untuk ke bukit broga tu..so sampai je kami kat kaki bukit dalam 6.40pg kitorang mula mendaki..*aku dah lama tak trekking..risau gak* masa start je trekking tu..aku ok lagi..bila suku perjalanan..aku dah mencungap..woohooo baru ku tahu badan aku dah tak fit!!! adoi rasa cam hape je aku masa tu..kesian aku tgk kawan2 abg Hamzah yang follow kitorang..terpaksa tunggu kami yang lembab ni..nasib la ade beberapa kawan yang bagi semangat kat aku..*walaupun dalam hati aku rasa nyesal nyusahkan diorang..lain kali saye tak ikut eh kalo tak fit..malu!!*
Sebenarnya bukit tu takde lah tinggi mana..1.7km saje tapi di sebabkan aku langsung tak fit coz banyak sgt lemak menutupi jantung *ahaks* so menjadikan pendakian aku bagai satu penyeksaan..kalau la badan aku macam dulu n aku aktif macam masa main hoki dulu..aku rasa setiap hari aku leh g naik broga tu (bukan meninggi diri di sini tapi perli diri sendiri)..setelah pendakian yang agak kurang napas bagi aku ni..sampai je kat puncak dia..woohoo..akhirnye inilah Broga yang aku slalo nak naik dulu..dingin je..best pemandangan yang kehijauan tu..hilang semua lelah :) Bila tiba waktu nak turun tu agak mencabar sebab agak curam..tapi aku suke.cuma kaki kene slalo break sebab tarikkan graviti ke bawah agak kuat..waktu turun aku tak rasa kepenatan..cuma kaki agak sakit sket coz banyak force untuk slowkan pergerakan dan break..aku dan kak theva org kedua sampai bawah selepas cik azam dan anaknye..siap diorang dah bentang suratkhabar..mengunyah makanan sambil baca paper..ahahaha..then tunggu yang lain semua dan sesi bergambar beramai2..alhamdullillah tiada yang cedera atau mengalami injury yang serius..kami sampai bawah balik pukul 9.30pg..kemudian bergerak ke mapley untuk sarapan..sambil borak2 dan rancang untuk next trekking..*maybe ke Gunung Datok..*
Pengalaman yang amat seronok dengan kawan2 yang sangat sporting dan caring..terima kasih untuk semua semangat dan kerjasama yang sangat baik...Insya Allah aktiviti santai lain akan menyusul selepas Family Day dan Treasure Hunt (",)
# gambar aku akan attach pada entry seterusnya yea..tunggu....#


No comments:
Post a Comment