Wokeh..22hb yang lalu kitorang g berbuka di KL sambil2 mencari kelengkapan raya..di sebabkan aku malas nak drive masuk KL waktu2 keje ni..aku pun naikla train..janji ngan Kak Aisyah n Kak Sham kat KL Sentral n bertolak ke LRT Setiawangsa...Kak Linda akan jemput kitorang kat sana n drive ke Wangsa Walk..Kak Liza je tak dapat join coz anak dia admitted kat Columbia Hospital..Tujuan g wangsa walk tu buka apa..juz nak main bowling je..dah main 3 frame..kitorang pun berangkatla ke Sogo..Dari sogo kitorang jalan2 ke sekitar Jln TAR untuk usha-usha apa yang patut..takde satu pun berkenan..*akulah* last2 ke sogo gak..dlm sogo tu memborongla mereka *aku tak jugak* aku ni tak pandai shoppingla..tu yang masalah sket..aku duduk je la tunggu diorang..ramai nye org jangan cakap la..so pukul 6.30 je kitorang naik Red Box untuk amik bilik sementara tunggu time berbuka..(kitorang amik buffet + bilik 4 jam -karaoke- dalam RM 40 je)..so sebelum tunggu buka tu kami nyanyi lagu2 raye..ahahahha..
Dan berbuka la kami setiba waktunye..pastu aku balik naik KTM..masa tu dah pukul 9.45 mlm aku sampai KL Sentral..n aku tgk dia tulis Sg.Gadut pukul 9.55 mlm *aku blur gak sg,gadut ni kt mana sebenarnye almaklumlah dah lama tak naik KTM..pastu dia announce kata train Seremban-Sg.Gadut delay 20 minit..masa tu baru aku tahu..oh ade laluan baru..so masa train sampai aku sesaje lah nak try naik coach ladies..(perempuan saja eh) nak tgk ada tak kelainan..sama je kecuali gambar pic besau ni..
Bila aku duduk je kat seat kat couch tu tetibe aku terpandang seseorang ni..
Adakah dia semua yang di bawah ni??
Aku rasa macam takde langsung..nak kata dia datang dgn mak dia mcm gambar no 1..mana mak dia??masa tu semua yang masuk dah pandang2 dia dah..adakah dia ni buta warna??terang2 warna pink menyala tu tak nampak ke?? mayb dia ni buta huruf kot..tak nampak tulisan "coach for ladies only" tu..ataupun dia ni memang kepala batu..sukati dia je *kang dia kata sukati aku lah aku pun bayar gak kan..* walaupun coach2 lain semua nye lengang je..banyak lagi tempat duduk..Hah! mayb dia ni playboy kot..suke dikelilingi wanita..(Hangin sebenarnya) susah benar nak ikut peraturan..manusia zaman skarang..bukan setakat dia..ramai lagi sebenarnya..




No comments:
Post a Comment