Sunday, July 17, 2011

sahabatku nikah

Salam..

Saje nak kongsi berita gembira sahabat yang paling aku rapat n ngam dah selamat mendirikan rumahtangga dan bernikah dengan kekasih hatinye..aku tumpang gembira untuk korang berdua..aku rasa diorang berdua ni memang secocok..sorang panas baran..sorang cool..so baguz la kan..Diorang bernikah pada Khamis malam Jumaat hari tu 07/07/11 jam 9.30 malam *cantikkan tarikh tu* khamis tu aku keje..so habis keje trus rush g umah dia..lepak2 ngan auntie2 n family dia yang lain sementara tunggu dia bersiap n make up..lepas magrib diorang adakan kenduri doa selamat n solat berjemaah beramai-ramai..pastu saat yang mendebarkan pun tiba..alhamdullillah sekali lafaz je kawanku terlah selamat menjadi isteri orang :) congrats korang..happy for both of you. Kemudian keesokkan malamnya iaitu Jumaat malam Sabtu, mereka bersanding di Dewan Komuniti Kota Damansara..tapi time ni aku tak sempat nak tgk diorang bersanding coz aku stuck dalam jammed n sampai pukul 10 malam..sedih sket..tapi apa pun kami dapat juga snap sekeping dua gambar dengan diorang..nanti aku update eh coz tangkap pakai kamera adik mr cullen..so aku kongsi yang nikah dulu lah yea..Pihak lelaki bagi 5 dulang dan di balas 7 oleh pihak perempuan..Hantaran lelaki : Cek Hantaran dgn rantai batal air sembahyang, minyak wangi, Laptop Apple, coklat dan Sireh junjung...Hantaran perempuan : Sireh Junjung, jam tangan, Kamera DSLR, coklat, Handphone Blackberry, minyak wangi dan Kek...Semuanya berjalan dengan lancar alhamdullillah..cuaca pun ok malam tu..habis je nikah tu kitorang lepak sampai pukul 5 pagi kot dengan pengantin dan family dia yang lain..yang kelakarnye..aku n ira (adik pengantin perempuan) yang rasmikan bilik pengantin..pengantin lelaki balik umah...hahahaha...
Selamat Pengantin Baru Siti Balqiskh dan Mohd Shahdan..semoga bahagia selamanya

No comments:

Post a Comment