Thursday, July 14, 2011

X perlu ade

 Nama yang tak perlu ade dalam kamus hidup aku!!!

Salam,

Hari ni aku tergerak hati nak coret luahan hati aku setelah lama aku pendam..mayb org akan kata buat pe aku nak ungkit kisah silam..ellooo ni bukan ungkitan ini rentetan kejadian..alamak aii..aku dah melalut jauh ni..ahahaha..ruangan kali ni aku bukan nak kotorkan nama sape2..nak petik nama sape2 or nak jatuhkan sesapa..ini hanyalah luahan hati aku kepada dunia maya aku..kalau takmo tahu tak yah kesah..shuuhh...i need privacy..erkk..emo terlebih :p

Insya Allah aku tak kan dedahkan nama org tu..memori yang aku tulis pun secara general yang boleh aku coretkan..agak2 yang tahu sapa or terasa hati or whatever aku mohon maaf. Biarlah aku je yang tahu keseluruhan cerita n nama mereka..

R - org yang memalukan aku di khalayak ramai padahal aku tak buat salah langsung n tak cuit dia sket pun..org lain punye salah..aku jadi mangsa..walaupun masa tu aku kecik tapi malu aku tu tak penah surut..

K - kawan yang herdik n anggap aku tak setaraf dia..sampai besar menyusahkan hidup aku..walhal 2 3 kali aku bagi peluang kat dia..memecah belahkan dan menghuru harakan hidup aku..buat aku tension je setiap kali nampak nama ko kat FB tu..

L - org yang sumpah dan mendoakan PMR aku lingkup..dek kerana panas hati aku join team lain dan bukannya team dia. Alhamdullillah aku lulus cemerlang dan team aku lagi berjaya dari team dia..Apa punye manusia kan buat org macam tu

E - banyak tabur fitnah kat aku time aku dah blah dari tempat tu. Kebaikan dan layanan yang baik aku beri..keburukkan yang aku dapat atas nama aku..Memang hanginlah..kalau rasa tak ada iman di dada *walaupun sket je pun* dah lama aku hamun dia..maruah org sukati ko calarkan eh..kurang asam jawa

A - org yang rapat dgn aku satu ketika dulu..aku cube membawa pada kebaikan tapi pemahaman org sukar untuk kita jelaskan..terpaksa pekakkan telinga dan buat macam tak tahu bila org berkata.. buatkan hidup aku tension..aku pun menyesal punye kawan sepertimu..tapi ade hikmah di sebalik segala kejadian..

S - dia yang memulakan persahabatan dan dia yang memaksa aku untuk mengakhiri persahabatan.. ada satu tahap aku sampai bergaduh besar dengan org sekeliling sebab dia..tapi persahabatan yang aku rasakan ikhlas rupanya ada udang di sebalik batu..kuang hajau..nasib dah berambus..ingat kau kaya aku heran??apa ade dengan duit..

M - aku pun tak faham..sekian banyak masalah yang aku tolong..dia cube racun aku dengan segala macam cerita buruk org lain..sampai sekarang aku sendiri tak dapat lagi cerita yang sebenar dan confuse dengan permainan dia..menghuru harakan hidup aku dan aku cop dia sebagai bermasalah

I - satu lagi manusia yang aku tak tahu apa tujuan dia mendekati aku..atas tiket kawan..dia banyak amik kesempatan dan menaikkan takat didih aku..org yang aku rasa tak patut sama sekali aku kenal dan mengacau bilaukan zaman mude bahagia aku..ingat kau bagus ke..podah!

Y - satu lagi umat yang aku tak tahu datang dari mana..bile dengar nama dia pun boleh tension..apa ntah lagi ikut permainan gila dia..aku pun tak faham ape yang dia nak tegakkan pada aku..apa sebenarnya yang dia nak dari aku..nasib aku dah bertindak cepat walaupun dah berpusing kepala nak pikir relevannye..

W - org yang aku anggap bagai saudara sendiri..susah aku bantu..tapi penyesalan berkenalan dengan dia lagi kuat dari rasa simpati..kenapa lah semua org cakap tak serupa bikin..

N - ni lagi satu manusia tak sedar di untung..dah elok2 berkawan dia buat hal..still aku bagi peluang..tapi setiap nasihat yang di beri di balas dengan kata belakang dan pembelaan diri yang tak kene gaya..ade ke patut..ingat aku perlu ke ade org macam dia..selamat dah aku bungkus namamu..

U - sebenarnya takde lah rapat sangat tapi aku menyesal pernah jumpe n bercakap dengan org macam kau yang ingat diri tu bagus sangat..adoii la..kalaula aku bukak satu2 cerita yang sebenarnya kau perlu tahu..aku rasa kau tak berani angkat muke ngan aku lagi..kesian kau..di perbodohkan..benci dengar, lihat dan baca nama kau..NEXT!

C - inilah manusia kalau aku bole labelkan sebagai tikam belakang..mulut longkang..hati busuk..semua padan dengan diri dia..org yang aku jumpe rambut sama hitam *hitam ke* hati kita tak tahu..spesis ni la yang paling aku nak hempuk kalau jumpe..nasib sekejap je..

P - dah ok sebenarnya masalah ngan dia tapi aku rasa patutnye aku tak perlu ade dalam setiap memori pendek yang berlaku..aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku..tapi lantunan suara kau waktu aku tengah sakit tu aku tak leh lupa la sahabat..aku tak pernah raih simpati..terima kasihla beri aku pengajaran yang kawan yang rapat pun tak semestinya baik..

# Segala luahan aku ni datang nye dari hati yang dah kecut dek kerana perlakuan org2 yang aku senaraikan di atas..aku tahu bila aku luahkan kat sini semua akan kata..macam la aku ni baik sangat..macam la semua tu kawan yang buat dan bukannye datang dari sifat, perlakuan dan percakapan aku sendiri hingga tercetusnye sengketa..mungkin ada benarnya..aku tak tahu..hanya Allah yang tahu apa yang telah aku atau org buat kat aku..di sini aku juz nak coretkan..tak semua kita bahagia bersahabat..tak semua orang gembira bila bersama..tak semua org tak happy bila berseorangan..tak semua orang tak boleh hidup bila di caci..umpat..keji..nasib kalian semua sgt baik berbanding aku..tapi aku cube untuk jadi kuat dan tidak merungut tempuh hidup ni..terima kasih pada yang masih di sisi.. #

- PEACE -

No comments:

Post a Comment